MTAZ KE MAI NGAJI

7 September 2026

Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Az-Zahrah (MTAZ) telah menerima jemputan daripada TV AlHijrah untuk menyertai rancangan Mai Ngaji.

Satu pengalaman yang cukup bermakna buat 20 Pelajar MTAZ apabila diberi peluang untuk hadir, menimba pengalaman serta berkongsi semangat dalam menghidupkan budaya membaca, menghayati dan mencintai al-Quran.

Semoga jemputan ini menjadi satu kenangan indah dan membuka lebih banyak ruang untuk anak-anak MTAZ terus menampilkan potensi serta membawa nilai-nilai Islam dalam kehidupan. Semoga setiap langkah dalam menuntut ilmu menjadi amal yang diberkati dan memberi manfaat kepada ummah.

Terima kasih @tvalhijrah atas jemputan dan kesempatan yang diberikan.

#masteringquran
#MaahadTahfizAzZahrah
#MTAZ
#TVAlHijrah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top