Profil

Maahad Tahfiz Az-Zahrah

Hafizah Profesional Cemerlang Berperibadi Seimbang

Sejarah dan Pengenalan

Maahad Tahfiz Az-Zahrah (MTAZ) ditubuhkan pada Jun 2000 untuk merialisasikan impian dan harapan beberapa individu melahirkan anak-anak yang menghafal Al Quran. Penubuhan yang dikhususkan untuk pelajar puteri sahaja menjadikan nama Maahad Tahfiz Az Zahrah dipilih. AZ Zahrah yang memberi maksud bunga dalam bahasa arab menjadi kenyataan apabila Puan Norlayani Othman mewakafkan sebuah banglo country design beserta 5 ekar tanah sebagai kampus MTAZ.

Peringkat permulaan, para pelajar hanya terdiri daripada anak-anak mereka yang terlibat secara langsung dalam penubuhan MTAZ. Keperihatinan masyarakat dalam menyusuri karenah perkembangan anak-anak yang semakin mencabar menjadikan MTAZ semakin mendapat tempat dan permintaan untuk memasuki MTAZ meningkat saban tahun. Bermula hanya belasan pelajar pada peringkat awal penubuhan kini bilangan pelajar mencecah 100 orang.

Matlamat Pendidikan

Nilai

Misi

Visi

Objektif Penubuhan MTAZ

OBJEKTIF MTAZ lahir di tengah masyarakat yang semakin mencabar peradabannya. Semakin manusia maju keperluan manusia kepada rohani yang tenang dan tenteram adalah tuntutan yang wajar diberi penekanan. Justeru MTAZ menggariskan beberapa objektif untuk dicapai bagi memenuhi tujuan ini.

34

Menyediakan pendidikan hafazan serta ilmu-ilmu al-Quran bagi melahirkan pelajar yang mampu menghafaz, memahami dan menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian.

35

Membina sahsiah Muslim yang berakhlak mulia, berdisiplin, cintakan ibadah dan mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah SWT.

36

Membentuk pelajar yang berkeyakinan, bertanggungjawab, mampu memimpin serta berkebolehan membuat keputusan dengan bijak.

37

Mendedahkan pelajar kepada kemahiran asas kehidupan seperti berdikari, kerja berpasukan, ketahanan diri dan pengurusan dalam situasi mencabar.

38

Memupuk minda kreatif dan inovatif, kemahiran pengurusan serta semangat berniaga bagi melahirkan usahawan Muslim yang berdaya saing.

39

Mengenal pasti dan mengembangkan bakat serta potensi pelajar dalam pelbagai bidang agar mereka mampu mencapai kecemerlangan secara holistik.

Pengurusan dan Pentadbiran

MTAZ beraftar dengan JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR dengan nombor pendaftaran JAIS 13S (13)8/16 dan dinaungi oleh beberapa ahli Lembaga yang berketerampilan dengan dipengerusikan oleh Puan Norlayani Bt Othman.

Fasiliti MTAZ

Sejak penubuhan fasiliti dan kemudahan di MTAZ berkembangan dari masa ke masa mengikut keperluan dengan mengambilkira corak dan pendekatan pembelajaran yang dijalankan, Kini MTAZ memiliki fasiliti yang selesa merangkumi;

Pembangunan

PEMBANGUNAN MTAZ mula beroperasi hanya bertempat di sebuah banglo pada asalnya. Para pelajar tidur ,belajar dan menjalankan segala aktiviti di tempat yang sama. Suasana ini secara tidak lansung sedikit mengganggu tumpuan melaksanakan objektik MTAZ secara total.

Usaha konsisten dilakukan oleh pihak Lembaga MTAZ khasnya dan semua warga MTAZ termasuk ibubapa bagi menjayakan pembangunan di MTAZ. Pada asalnya hasrat untuk mendirikan blok 3 tingkat menempatkan kompleks pendidikkan MTAZ dicadangkan. Kekangan kewangan menjadikan impian ini sukar dilaksanakan dan dalam masa yang sama tuntutan untuk menjayakan misi dan visi MTAZ tak pernah luntur apatahlagi kemasukan pelajar yang semakin mendapat sambutan saban tahun.

Berkat kesabaran dan sumbangan tenaga dan dana dari banyak pihak Usaha pembangunan dimulakan dan kerja-kerja membersihkan tanah untuk mendirikan asrama (berkonsepkan chalet) dan sebuah musalla pada pertengahan Mei 2006.

Kerja-kerja menyiapkan asrama dimulakan bermula Februari 2007 dan siap sepenuhnya untuk menampung 60 pelajar pada Januari 2008 begitu juga musolla yang mula dibangunkan pada Mei 2007 telah siap sepenuhnya dan dapat menampung 300 jemaah dalam satu masa.

Untuk melengkapkan kemudahan, sebuah dewan dalam konsep sederhana berjaya didirikan dengan kos secara ekonomi. Para pelajar menggunakan untuk makan dan menjalankan aktiviti aktivi dewan yang berkaitan.

Kelicinan operasi secara kos efektif adalah penting terutama sebuah sekolah swasta seperti MTAZ. Penambahan pelajar dari bilangan sedia ada kepada satu jumlah pelajar yang sesuai bagi melestarikan suasana dan keseimbangan kos pengurusan adalah wajar dan sentiasa difikirkan oleh pihak pengurusan MTAZ.

Justeru menjadi hasrat kepada pihak pengurusan MTAZ untuk meneruskan beberapa pembangunan prasarana namun kekangan dana menjadikan usaha ini terhenti buat seketika. Tapak untuk mmendirikan 4 lagi asrama berkonsep sama seperti yang telah didirikan masih menunggu dana untuk disudahkan dengan sebaiknya. Sebuah daripadanya telah siap ppada tahun 2013.

Apabila berlaku pertambahan pelajar keperluan bilik kelas juga perlu difikirkan bagi memberikan keselesaan kepada suasana pembelajaran disamping tanggunan kos pertambahan kakitangan dan pengurusan yang semestinya akan meningkat.Alhamdulillah bilik kelas yang agak selesa telah dapat disediakan dan sedang digunakan cuma dana pengurusan memerlukan suntikan berterusan daripada semua pihak bagi memastikan program berjalan lancar.

Hasrat MTAZ untuk memberikan sedikit kelegaan kepada kakitangan dengan berusaha menyediakan rumah-rumah guru di tapak yang telah sedia ada telah berjaya Penghujung 2013 kerja membina 6 unit rumah guru telah dimulakan walaupun dana tidak mencukupi projek tersebut dapat disiapkan sepenuhnya pada Disember 2014 walaupun bayaran kos pembinaan belum dapat dijelaskan sepenuhnya. Alhamdulillah penghujung Jun 2015 satu lagi usaha penambahbaikan dijalankan dengan bermulanya kerja kerja menaiktaraf musolla,pejabat dan bilik mesyuarat serta 2 kelas tambahan dan kini kerja kerja sedang dijalankan dan kekangan kos menjadikan perjalanan agak kurang lancar.

Kekangan kewangan tidak membantutkan usaha menyiapkan projek ini dengan mendahulukan kewangan menerusi tabung pendidikan bagi mempastikan projek berjalan terus.Alhamdulillah Disember 2015 siap sepenuhnya dan usaha mencari sumber kewangan bagi membayar balik tabung pendidikan sekolah terus diusahakan.

Scroll to Top