Pengambilan
Maahad Tahfiz Az-Zahrah
Syarat Pengambilan
Pelajar Baru Kemasukan Segera!
Pelajar Perempuan
Berusia 11 Tahun Sehingga 13 Tahun Sahaja Dan Wajib Tinggal Di Asrama.
Minat Yang Mendalam
Menghafaz Al-Quran Sehingga Syahadah 30 Juzuk.
Lulus Temuduga
Pada Tarikh Dan Masa Yang Di Tetapkan.
Komitmen & Yuran
-
Yuran Tahunan RM1,500.00
-
Yuran Pendaftaran RM200.00
-
Yuran Tabarrak RM10.00
-
Yuran Bulanan RM600.00
Tawaran Kami
- Program Hafazan Al-Quran
- Pendidikan Diniah
- Pendidikan Akademik
- Pendidikan Ko-Kurikulum
- Program Pembentukan Syahsiyah
Keistimewaan Kami

Kondusif, Nilai-Nilai Al-Quran & Mandiri

Khusus Untuk Pelajar Perempuan

Berasrama Penuh

Pengawasan 24 Jam & Selamat
Akademik MTAZ
Kearah merealisasikan AL-Quran sebagai ilmu teras kepada lain-lain ilmu bagi memastikan tindak-tanduk manusia selaras dengan fitrah dan tuntutannya, sebagai jaminan hidup yang ideal di dunia dan di akhirat di samping membentuk dan mendidik pelajar agar menjadi Hafizah yang mampu menangani kehidupan pada masa hadapan dengan cara yang profesional.
Pendidikan di MTAZ adalah berbentuk integrasi berteraskan Al quran dan berasrama penuh. Penekanan kepada Al quran dengan tidak meminggirkan pendidikan arus perdana adalah konsep yang diketengahkan oleh MTAZ. Semua pelajar diwajibkan mengikuti kelas Diniyyah yang perperantaraan Bahasa Arab serta beberapa matapelajaran Akademik sebagai pendedahan pada peringkat awal seterusnya menduduki SPM sebagai laluan untuk ke IPTA/IPTS.
MTAZ juga tidak meminggirkan keampuhan ko kurikulum bagi membentuk pelajar yang berdaya saing dan berketerampilan. Aktiviti ko kurikulum diwajibkan kepada seluruh pelajar berdasarkan cenderung dan minat dan diaturkan secara terancang.
Para pelajar juga secara lansung terlibat dengan pendidikan dan pertarbiahan yang berterusan dari segi pembentukan sakhsiyah dan rohani. Pendekatan melalui ibadah yang tersusun dan aktiviti kerohanian seperti solat jamaah dan usrah serta program-program berkala yang diatur akan melahirkan pelajar yang teguh pendirian dan berwibawa sebagai seorang musllimah dan memberi impak kepada masyarakat kelak.






