Jalinan Mahabbah Aidilfitri 2026 MTAZ

Hulu Langat, 18 April 2026 – Program Jalinan Mahabbah Aidilfitri 2026 anjuran Maahad Tahfiz Az-Zahrah (MTAZ) yang berlangsung di kampus MTAZ, Batu 18 1/2, Hulu Langat telah berlangsung dengan penuh meriah dan harmoni.
Majlis yang diadakan pada hari Sabtu bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang itu menghimpunkan Ahli Lembaga Pengelola (ALP), guru-guru, kakitangan, pelajar, alumni, ibu bapa, para penyumbang serta komuniti setempat dalam suasana Aidilfitri yang penuh kemesraan dan ukhuwah Islamiah. Pelbagai juadah hari raya disediakan bagi meraikan para tetamu yang hadir dengan mengenakan pakaian bertemakan kebangsaan. Sambutan ini bukan sahaja menceriakan suasana Aidilfitri, malah menjadi medium terbaik dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga maahad, ibu bapa dan masyarakat setempat.
Program ini turut bertujuan menyemai semangat kasih sayang dan ukhuwah Islamiah dalam kalangan warga MTAZ di samping memberi ruang interaksi santai antara guru, pelajar dan ibu bapa. Selain itu, sambutan Aidilfitri ini juga menjadi platform dalam memupuk nilai-nilai murni melalui penganjuran majlis yang sederhana namun penuh keberkatan.
Antara sasaran utama program ini ialah pelajar dan alumni MTAZ, Ahli Lembaga Pengelola, guru dan kakitangan beserta keluarga, ibu bapa, para penyumbang serta pimpinan masyarakat dan komuniti setempat.
Pihak penganjur berharap agar Program Jalinan Mahabbah Aidilfitri 2026 ini dapat mencapai objektif yang dirancang serta terus menjadi medium terbaik dalam memperkukuhkan ukhuwah dan kerjasama antara semua pihak yang terlibat.
Semoga segala usaha yang dilaksanakan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan menjadi asbab kepada pengukuhan institusi pendidikan Islam khususnya di Maahad Tahfiz Az-Zahrah.
Sekian, terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top