WACANA IBADURRAHMAN & JALINAN UKHUWAH

 

29 Ogos 2026 | MTAZ – MTAZ melaksanakan satu wacana khusus untuk ibu bapa sebagai usaha memperkenalkan antara elemen penting dalam Mastering Quran, iaitu penerapan Nilai Ibadurrahman dalam pembentukan peribadi dan kehidupan seharian.

Wacana tersebut memberi pendedahan kepada ibu bapa mengenai kepentingan membentuk peribadi berteraskan nilai-nilai yang digariskan dalam konsep Ibadurrahman, selaras dengan usaha melahirkan generasi yang bukan sahaja menguasai al-Quran, malah mampu menghayati dan mengamalkan nilai yang terkandung di dalamnya.

Nilai Ibadurrahman yang diperkenalkan merangkumi tiga demensi utama iaitu spritual disipline, social character dan self control &integriti yang membentuk 12 nilai peribadi Ibadurrahman.

Dalam demensi spritual disipline, empat ciri utama yang ditekankan ialah kesungguhan beribadah, takut kepada azab neraka, bertauhid dan taubat nasuha.

Sementara itu, demensi social charactersocial character memberi penekanan terhadap pembentukan individu yang tawaduk, berbudi bahasa, tidak menjatuhkan & menghormati kehidupan dan mengambil tanggungjawab kepimpinan.

Bagi demensi self control &integriti, nilai yang diketengahkan ialah sederhana berbelanja, menjauhi zina&menjaga kesucian diri, menjauhi dusta & perkara siasia danpenghayatan kepada ayat-ayat Allah.

Pengenalan Nilai Ibadurrahman ini diharapkan dapat membantu ibu bapa memahami pendekatan yang dibawa melalui Mastering Quran, selain memainkan peranan penting dalam menyokong pembentukan sahsiah anak-anak agar nilai al-Quran dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

Melalui pendekatan berteraskan tiga demensi ini, pembentukan peribadi diharapkan dapat dilaksanakan secara menyeluruh, merangkumi aspek hubungan dengan Allah, pembangunan diri, akhlak serta hubungan dan tanggungjawab terhadap masyarakat.

Nilai Ibadurrahman bukan sekadar untuk diketahui, tetapi untuk dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top